Saturday, February 15, 2014

Senyuman Satu Sedekah

SUDAHKAH anda bersedekah hari ini? Sedekah paling mudah ialah memberikan senyuman kepada orang sekeliling. Bermurah hati menghadiahkan senyuman bukan saja akan membuat orang berasa senang hati, malah ia memberi banyak kesan positif kepada diri kita sendiri.

Senyuman bukan saja membuatkan kita tampak menarik dan mesra serta mudah didekati, bahkan ia boleh memperbaiki emosi, mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran malah mampu membantu merangsang sistem imun serta merendahkan tekanan darah.

Seyuman Itu Sedekah 
Selain itu senyuman juga menggalakkan badan badan menghasilkan hormon endorfin, penahan sakit semula jadi dan serotonin. Gabungan tiga hormon ini akan membuat kita berasa senang hati dan selesa. Senyuman boleh dianggap sebagai ubat semula jadi.

Oleh kerana senyuman ini mudah `berjangkit', tanpa disedari kita membantu mengubah emosi orang lain dan mencetuskan keadaan menyenangkan.

Senyuman akan membuatkan kita nampak lebih yakin dan secara tidak langsung mendorong kita menjadi individu lebih positif. Satu fakta yang tidak kurang penting, ia turut menjadi ejen awet muda.

Friday, February 14, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1435H/ 2014M

 
Tarikh: 15 Februari 2014
 
Lokasi: Sk. Majidi Bahru,
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Tahun 1435H/ 2014M akan diadakan pada 15 Februari 2014 (Sabtu) bertempat di Dewan Sri Kencana Sk. Majidi Bahru. Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

LINKs for FROG VLE LOGIN.....

Links untuk VLE Frog SK Majidi Bahru....... https://jba1012.1bestarinet.net